Firdaus Wong jadi penjamin Zamri Vinoth

Iklan
Firdaus (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa, sebagai penjamin kepada Zamri yang didakwa membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam, bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hadir sebagai penjamin kepada Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam, bulan lalu.

Iklan
Iklan

Majistret, Faezahnoor Hassan membenarkan aktivis berusia 42 tahun itu diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin,

Firdaus yang juga pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) turut mengikuti prosiding berkenaan sejak awal kemudian mengikuti sidang media di lobi mahkamah.

Iklan

Firdaus (dua dari kanan) dan penyokong lain berada di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengikut pertuduhan, Zamri didakwa mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam sehingga boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Iklan

Kenyataan itu didakwa dibuat di laman Facebooknya ‘Zamri Vinoth’, yang telah dilihat dan didengar oleh seorang lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Dang Wangi di sini pada jam 12.23 tengah hari, 3 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail, Izzat Amir Idham dan Nur Farhana Mohamad Poad sementara Zamri diwakili peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff.