Iran terus membedil Israel

Iklan
Jejak roket kelihatan di langit ketika gelombang baharu serangan peluru berpandu Iran melintasi bandar pesisir Netanya pada 17 Mac 2026. - Foto: AFP

TEL AVIV– Tentera Israel mengesahkan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran sedang menuju ke wilayah negara itu, sekali gus mencetuskan amaran kecemasan kepada penduduk supaya segera mendapatkan perlindungan.

Dalam kenyataan pada Selasa, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan sistem pertahanan udara sedang diaktifkan bagi memintas ancaman tersebut.

Iklan
Iklan

“Sebentar tadi, IDF mengenal pasti peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke arah wilayah Israel.

"Sistem pertahanan sedang beroperasi untuk memintas ancaman ini,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Telegram pada Selasa.

Iklan

Susulan perkembangan itu, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya segera menuju ke tempat perlindungan bom sebagai langkah keselamatan.

Serangan terbaharu ini dilihat sebagai sebahagian daripada peningkatan ketegangan berterusan antara Iran dan Israel, yang menyaksikan kedua-dua pihak terus berbalas serangan sejak konflik tercetus hujung Februari lalu.-AFP

Iklan