Meninggal dunia ketika sujud solat tarawih

Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan Marji berada dalam posisi sujud tanpa bergerak. Foto Agensi

DEPOK - Tular sebuah video memaparkan seorang jemaah meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Kejadian itu berlaku di Masjid Babussalam Margonda Raya, Gang Langgar, Kemiri Muka, Beji, Kota Depok, Jawa Barat di Indonesia pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Jemaah itu dikenali sebagai Marji Asmadi Asmad, 55, dan merupakan seorang bilal di masjid berkenaan.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Marji rebah secara tiba-tiba ketika imam membacakan ayat terakhir surah al-Qadr.

Iklan

Jemaah lain bagaimanapun masih khusyuk dan meneruskan solat hingga rakaat seterusnya.

Seorang jemaah yang berada berhampiran Marji segera memeriksa keadaannya selepas melihat dia berada dalam posisi sujud tanpa bergerak.

Iklan

Situasi di masjid itu kemudiannya bertukar hiba selepas dia disahkan sudah meninggal dunia. - Agensi