Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Iklan
Seorang anggota bomba memotong pokok yang tumbang di Jalan Stadium, Alor Setar pada Ahad. - FOTO: Bomba

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Stadium di sini pada Ahad. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, bomba menerima panggilan jam 1.15 tengah hari daripada pihak Kementerian Kesihatan yang memaklumkan mengenai kejadian pokok tumbang yang menghempap orang awam.

Iklan
Iklan

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah ke lokasi dan sebaik sampai di lokasi mendapati kejadian melibatkan dua penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan itu ketika pokok berkenaan tumbang.

"Akibat itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

Iklan

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan, dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.53 petang. - Bernama 

 

Iklan