Amaran ribut petir di lima negeri

Iklan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Rompin, Pahang.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan