Amaran ribut petir di lapan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 8 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramal di seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Raub.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Selangor melibatkan Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling dan Hulu Selangor serta Seremban, Rembau, Port Dickson dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Iklan

Di Johor, kawasan yang diramal terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Bagi Sarawak, cuaca itu dijangka di Samarahan (Sebuyau), Sri Aman, Bintulu (Tatau), Kapit (Song), Sibu, Mukah, Betong, Sarikei, Limbang dan Miri (Marudi).

Iklan

Sementara itu, di Sabah amaran tersebut melibatkan kawasan pedalaman (Pensiangan dan Tambunan), Sandakan, Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama