JOHOR BAHRU - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.