WASHINGTON - Lebih 822,000 penduduk di Lubnan, termasuk hampir 300,000 kanak-kanak telah didaftarkan sebagai hilang tempat tinggal di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas negara itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu pemberita bahawa 28,000 orang kini berlindung di hampir 600 tapak kolektif di seluruh negara.