Program 'Table for Unity' satukan mualaf, keluarga pelbagai latar belakang

Iklan
Program turut menampilkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) dan Presiden dan Lengasas Al-Khaadem, Datuk Dr Hussain Yee (kanan)

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Mualaf bersama keluarga, rakan serta masyarakat pelbagai latar belakang berkumpul dalam suasana Ramadan penuh muhibah menerusi program 'Table for Unity: Ramadan in Diversity' yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Program yang dianjurkan oleh Komuniti Mualaf Baharu (NMC) di bawah Al Khaadem mendapat kerjasama Sinar Harian, Sinar Daily dan Karya Bestari menjadi platform perbincangan mengenai perpaduan serta nilai kebangsaan bersama yang diketengahkan menerusi New Muslims Community Conference (NMCC) 2025 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Iklan
Iklan

Ia turut melibatkan sesi perkongsian santai bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersama Presiden dan Lengasas Al-Khaadem, Datuk Dr Hussain Yee yang menyentuh mengenai Malaysia sebagai rumah kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang.

Antara tetamu yang hadir pada program Table for Unity: Ramadan in Diversity

Iklan

Selain itu, program berkenaan turut mengetengahkan peranan unik yang boleh dimainkan oleh golongan mualaf dalam memperkukuh kefahaman antara komuniti dalam masyarakat majmuk negara ini.

Dalam perbincangan tersebut turut dikongsikan mengenai pengalaman kehidupan mualaf sebelum dan selepas memeluk Islam yang berada dalam kedudukan istimewa untuk menjadi jambatan kefahaman antara masyarakat.

Iklan

Program berkenaan disusuli dengan acara berbuka puasa yang diadakan secara terbuka sekali gus mencerminkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia.

Berlangsung dalam suasana terbuka yang diinspirasikan daripada semangat muhibah, tetamu duduk bersama untuk berbuka puasa sambil berkongsi makanan dan berinteraksi dalam suasana komuniti yang sederhana.

Tetamu turut berpeluang melawat kemudahan percetakan al-Quran di Kompleks Karangkraf bagi melihat secara lebih dekat proses penghasilan antara teks yang paling meluas dibaca di dunia.