'Serangan mengejut' dron Iran ke California?

Iklan
Memo FBI itu mendakwa 'maklumat tidak disahkan' itu diperoleh sebelum Perang Iran meletus pada 28 Februari lalu.

WASHINGTON -"Iran mungkin cuba melancarkan serangan dron dari laut ke atas California".

Amaran 'serangan mengejut' itu dikeluarkan menerusi memo Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada minggu lalu, di tengah-tengah situasi yang kian tegang di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang bagaimanapun yakin tiada ancaman khusus, namun mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Difahamkan, maklumat itu diperoleh sebelum Perang Iran meletus pada 28 Februari lalu.

Iklan

"FBI menerima 'maklumat tidak disahkan' tentang serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) dari kapal di luar perairan AS yang menyasarkan Pantai Barat negara itu sekiranya Washington menyerang Teheran," menurut laporan media tempatan.

Memo itu menyatakan FBI bagaimanapun tidak mempunyai maklumat tambahan tentang masa, kaedah, sasaran atau pelaku 'serangan mengejut' tersebut.

Iklan

Sebelum ini, pegawai risikan AS juga bimbang dengan penggunaan dron oleh kartel dadah di Mexico dan risiko teknologi itu disalah guna untuk menyerang pasukan keselamatan mereka di sempadan. - Agensi

Info:

Tindak balas Iran ke atas pangkalan AS di negara Teluk turut melibatkan serangan dron. Salah satu UAV terkenal milik Teheran ialah dron 'kamikaze' Shahed-136.