Ribut petir, angin kencang diramal landa tiga negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang, Johor dan Sarawak hingga 4 petang Khamis. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang, Johor dan Sarawak hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari ini memaklumkan, di Pahang kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Pulai. 

Iklan
Iklan

Sementara itu, di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan