Dua pekerja pembersihan maut hidu gas toksik lubang pembetung

Iklan
Dua pekerja maut selepas terhidu gas toksik di dalam pembetung di bandar Indore, Madhya Pradesh, India. Foto Agensi

NEW DELHI – Dua pekerja pembersihan maut selepas terhidu gas toksik ketika menjalankan kerja pembersihan pembetung di bandar Indore, Madhya Pradesh.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Tambahan, Sumit Kerkatta berkata, kejadian berlaku apabila sebahagian paip daripada mesin sedutan pembetung terjatuh ke dalam ruang pembetung semasa kerja pembersihan dijalankan.

Iklan
Iklan

"Seorang pekerja kemudian turun ke dalam ruang tersebut bagi mengambil semula paip berkenaan, namun pengsan selepas terdedah kepada gas toksik.

"Seorang lagi pekerja yang cuba menyelamatkannya turut tidak sedarkan diri selepas memasuki ruang pembetung berkenaan.

Iklan

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas berpunca daripada gas beracun di dalam pembetung," katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Polis, Shrikrishna Lalchandani memaklumkan, mangsa dikenal pasti sebagai Karan Yadav dan Ajay Dodi yang merupakan pekerja Perbadanan Perbandaran Indore.

Iklan

Seorang saksi mendakwa kedua-dua pekerja itu memasuki ruang pembetung tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Malah menurutnya, polis, pegawai perbandaran dan ambulans juga tidak tiba di lokasi kejadian walaupun selepas dua jam insiden berlaku.

Saksi berkenaan berkata, orang awam yang berada di lokasi cuba membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa dari dalam pembetung sebelum pihak berkuasa tiba.

Dalam kenyataan berasingan, Perbadanan Perbandaran Indore memaklumkan kedua-dua pekerja itu meninggal dunia ketika melepaskan air dari kenderaan perbandaran ke dalam ruang saliran selepas mengosongkan tangki septik.