Semakan kehakiman pilihan raya ditolak, Masidi kekal ADUN Karanaan
Iklan
Masidi Manjun
KOTA KINABALU - Permohonan seorang calon bebas membuat semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan yang dimenangi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, ditolak Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Naomi @ Neomi Francis, 59, membuat permohonan semakan terhadap kemenangan Masidi dengan mendakwa berlaku salah laku dan ketidakaturan prosedur dalam pilihan raya di DUN tersebut.
Iklan
Iklan
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alexander Siew How Wai berkata, mahkamah mendapati permohonan itu tidak berasas dan bersifat mengganggu.
"Pra-syarat untuk kebenaran tidak dipenuhi, dan perkara ini tidak sesuai untuk disemak melalui semakan kehakiman.
Iklan
"Oleh itu, permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman ditolak," katanya dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini pada Rabu.
Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Naomi membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan RM5,000 kepada Masidi.
Iklan
Naomi memfailkan permohonan kebenaran pada 26 Disember tahun lalu, dengan menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama dan Masidi sebagai responden kedua.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November tahun lalu, Masidi dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,361 undi dalam pertandingan tujuh penjuru
Sementara itu, Naomi hanya memperoleh sebanyak 115 undi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>