IRGC tembak jatuh dua lagi dron MQ-9

Iklan
IRGC menembak jatuh dua lagi dron MQ-9 di wilayah Bushehr dan sebuah lagi dron di ruang udara Teheran. Foto AFP

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menembak jatuh dua lagi dron MQ-9, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Menurut kenyataan jabatan perhubungan awam IRGC, pasukan itu menembak jatuh dua dron MQ-9 di wilayah Bushehr dan sebuah lagi dron di ruang udara Teheran.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu memaklumkan dua dron MQ-9 berkenaan dipintas dan dimusnahkan di daerah Jam dan Khormoj di wilayah Bushehr, manakala dron ketiga ditembak jatuh di ruang udara Tehran.

Kesemua tiga dron itu dikesan dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara canggih IRGC di bawah kawalan rangkaian pertahanan udara bersepadu negara berkenaan. - Bernama-MNA

Iklan

 

 

Iklan