TEL AVIV – Beberapa pempengaruh, perunding komunikasi dan syarikat media memfailkan saman terhadap kerajaan Israel selepas mendakwa mereka tidak menerima bayaran penuh bagi kempen mempromosikan naratif pro-Israel di media sosial sepanjang perang di Gaza.
Menurut laporan media antarabangsa, tuntutan undang-undang itu melibatkan jutaan shekel yang didakwa telah dijanjikan oleh pihak kerajaan, namun sehingga kini masih belum dilunaskan.
Iklan
Iklan
Plaintif mendakwa sebahagian individu ditawarkan bayaran sehingga AS$7,000 (RM27,000) bagi setiap hantaran di media sosial sebagai sebahagian daripada kempen yang bertujuan mempengaruhi pandangan masyarakat antarabangsa terhadap konflik di Gaza.
Salah satu syarikat yang terlibat dalam saman itu menyatakan kerajaan masih berhutang kira-kira 1.7 juta shekel (RM2.1 juta), manakala sebuah firma lain mendakwa belum menerima bayaran sekitar 600,000 shekel (RM763,000) bagi perkhidmatan mengendalikan studio media serta mengurus operasi komunikasi berkaitan kempen tersebut.
Menurut dokumen mahkamah, beberapa kontraktor turut menanggung sendiri kos operasi yang besar termasuk perjalanan, pengeluaran kandungan digital dan pengurusan kempen media sosial.
Salah satu saman turut mendakwa kerajaan akhirnya enggan menyelesaikan bayaran yang dijanjikan, menyebabkan syarikat media dan pempengaruh terbabit mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan. - Agensi
Artikel Berkaitan