KUALA LUMPUR - Malaysia menyampaikan simpati serta sokongan kepada Kuwait dan Oman yang kini berdepan cabaran berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara susulan perkembangan semasa di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan beliau dalam perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi.