Tertekan kesempitan hidup, bapa campak tiga anak dalam tasik

Iklan
Seorang pemandu beca auto disyaki membunuh tiga anak perempuannya dengan mencampakkan mereka ke dalam tasik. Foto The Sun US

KAMAREDDY - Seorang pemandu beca auto disyaki membunuh tiga anak perempuannya dengan mencampakkan mereka ke dalam sebuah tasik, dipercayai akibat kesempitan hidup.

Suspek yang pada mulanya membuat laporan polis berhubung kehilangan anak-anaknya bagaimanapun ditahan selepas siasatan dan soal siasat mendapati dia terbabit dalam kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Ismail, dipercayai membawa tiga anak perempuannya, Shifaat, 8, Aayat, 7 dan Maryam, 5, menaiki beca auto sebelum kejadian berlaku.

Semasa disoal siasat, Ismail memberitahu polis bahawa dia membawa ketiga-tiga anaknya ke sebuah hotel untuk bersarapan sebelum menurunkan mereka di lokasi berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kawasan berhampiran Tasik Pedda Cheruvu dikenal pasti sebagai lokasi terakhir mangsa dilihat.

Operasi mencari kemudian dilancarkan dan dua mayat kanak-kanak perempuan ditemukan di tasik berkenaan pada malam Sabtu.

Iklan

Mayat Aayat dan Maryam ditemui terlebih dahulu, manakala mayat Shifaat berjaya ditemukan pada pagi Ahad selepas operasi pencarian secara intensif dijalankan.