Iran perdaya Israel bom lukisan helikopter?

Iklan
Imej dikongsi IDF jelas menunjukkan bilah rotor utama helikopter itu masih tidak terjejas. Foto Agensi

TEHERAN - Tentera Israel dikatakan termakan umpan taktik perang yang digunakan Iran.

Kebodohan Zionis turut menjadi topik perdebatan banyak pihak selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkongsi rakaman video serangan infra merah yang mengenai helikopter Mi-17 pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Tetapi, pengguna media sosial mendakwa klip video hitam putih itu menunjukkan ia bukanlah helikopter sebenar sebaliknya hanya lukisan berasaskan imej haba.

"Jika ia helikopter sebenar, keadaan bilah rotornya tidak akan kelihatan sama seperti sebelum dibedil," kata seorang warganet.

Iklan

Beberapa laporan media tempatan mendakwa Teheran berjaya memperdaya musuh dan tindakan IDF yang mengunci mulut terus menjadi bahan jenaka pengguna media sosial.

Ada juga warganet yang percaya taktik licik itu menyebabkan IDF menanggung kerugian apabila sebuah misil yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$3 juta (RM11.8 juta) digunakan secara sia-sia.

Iklan

Tetapi, terdapat rangkaian media yang cuba menyangkal kehebatan strategi perang Iran apabila mendakwa ia kononnya imej hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI). - Agensi