SINGAPURA - Sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat adalah antara penumpang yang selamat tiba di Singapura pada Sabtu, menaiki penerbangan repatriasi pertama anjuran Kementerian Luar (MFA) republik itu.
MFA memaklumkan seramai 152 rakyat Singapura dan tanggungan mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi dari Muscat, Oman, bersama-sama warga Korea Selatan dan Malaysia.