TAWAU - Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua yang berusia antara 17 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sini selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 8.37 malam tadi.