KUALA LUMPUR - UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian dan individu yang ingin bersama dalam perjuangan parti untuk menyertai UMNO.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan serta perbezaan lalu dimaafkan sepenuhnya bagi membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.