Parti Keluarga Malaysia tiada kaitan dengan YKM - Ismail Sabri
Iklan
Ismail Sabri
KUALA LUMPUR – Parti politik yang didakwa menggunakan nama 'Keluarga Malaysia' tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).
Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya benar wujud parti berkenaan, ia tidak melibatkan yayasan kebajikan yang telah lama beroperasi membantu anak-anak yatim serta keluarga terkesan itu.
Iklan
Iklan
"Ini baru saya dengar. Ada parti Keluarga Malaysia. Kalau betul ada parti Keluarga Malaysia, ia tiada kaitan langsung dengan Yayasan Keluarga Malaysia.
"Jadi, kita tunggulah pengumuman, apa-apa berita daripada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan sebagainya. Saya belum semak lagi. Kalau tak ada apa-apa, kita sendiri pun akan semak dengan ROS," katanya yang dipetik menerusi laporan portal Suara.TV pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memimpin Parti Keluarga Malaysia bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya selepas dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Februari lalu.
Perkara it disahkan Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya yang memaklumkan, sehingga kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti.
Iklan
Ismail Sabri memberitahu, perkara itu hanya dimaklumkan kepadanya dan pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi daripada ROS sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
Beliau turut mengakui, penggunaan nama sama berpotensi mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya penyumbang yang selama ini menyalurkan bantuan kepada yayasan berkenaan.
“Ya, mungkin. Agak mengelirukan. Mungkin mengelirukan orang. Sebab takut ada banyak lagi yang akan menggunakan nama Keluarga Malaysia. Kalau nak katakan terkeliru, mungkin ada yang terkeliru dan menyusahkan kita juga,” ujarnya lagi.
Justeru, bekas Perdana Menteri itu meluahkan kebimbangan sekiranya kekeliruan tersebut menjejaskan keyakinan penyumbang terhadap yayasan berkenaan yang menerima sumbangan orang ramai untuk membantu anak-anak yatim.
“Sebab Yayasan Keluarga Malaysia ini, kita pun menerima sumbangan daripada orang ramai untuk membantu anak-anak yatim di bawah Yayasan Keluarga Malaysia," jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya akan meneliti langkah sewajarnya termasuk kemungkinan mendaftarkan atau mempatenkan nama Yayasan Keluarga Malaysia bagi melindungi identiti dan reputasi yayasan berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>