Israel masih tutup Masjid al-Aqsa, larang umat Islam solat

Iklan
Ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat kedua pada Ramadan di pekarangan al-Aqsa pada minggu lalu. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Israel menutup Masjid al-Aqsa selama tiga hari berturut-turut dan melarang umat Islam menunaikan solat di tapak suci itu pada minggu kedua Ramadan.

Penduduk Palestin yang turut terkena tempias konflik Iran bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengutuk pelanggaran tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan sebahagian daripada rancangan keji Israel mahu mengeksploitasi krisis di Asia Barat dengan mengenakan sekatan ketat ke atas al-Aqsa," kata Imam Kanan, Sheikh Ikrima Sabri.

Menurut notis terbaharu Zionis, masjid ketiga paling suci orang Islam di Baitulmaqdis itu akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak dengan aktiviti terhad dibenarkan.

Iklan

Kira-kira 1,000 penduduk Kota Lama itu termasuk imam kanan dan kira-kira 39 kakitangan yang menguruskan al-Aqsa telah menerima notis larangan masuk berkenaan.

Difahamkan, langkah penutupan ketika Ramadan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Iklan

Tindakan itu pernah dibuat ketika ketegangan meningkat di Baitulmaqdis pada 2014 dan 2017. - Agensi