Trend #FikirDulu di TikTok Cetus Gerakan Rakyat Malaysia Cegah Penipuan Melalui Literasi Digital

Iklan

Apa yang bermula sebagai perkongsian pengalaman kini berkembang menjadi satu gerakan kesedaran dalam talian yang melibatkan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.

Trend #FikirDulu (ataupun #ThinkTwice) di TikTok semakin tular apabila pengguna platform itu tampil berkongsi pengalaman peribadi berdepan taktik penipuan, sekali gus memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih berwaspada.

Iklan
Iklan

Gerakan tersebut tercetus apabila seorang pencipta kandungan tempatan, Moses Wong (@moseswck), memuat naik video mengenai individu terdekatnya yang hampir terpedaya dengan tawaran kerja palsu.

Menerusi video itu, beliau bukan sahaja berkongsi kisah penipuan, malah mengajak pengguna lain untuk membuat “stitch” dan menceritakan pengalaman masing-masing supaya lebih ramai dapat mengambil iktibar.

Iklan

Seruan itu nyata mendapat sambutan apabila semakin ramai pencipta kandungan serta pengguna biasa tampil berkongsi pengalaman mengenai penipuan (scam).

Pengalaman dijadikan pengajaran

Iklan

Seorang pencipta kandungan, J (@isawkwardguy), berkongsi pengalaman menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, pemanggil tersebut mendakwa beliau mempunyai tunggakan cukai dan mengancam tindakan undang-undang sekiranya gagal membuat bayaran segera.

Walaupun mengetahui beliau tidak mempunyai tunggakan, nada agresif pemanggil menyebabkan beliau panik dan hampir mendedahkan maklumat peribadi sebelum disedarkan oleh rakan.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa #FikirDulu dan tidak mudah percaya kepada panggilan yang meminta maklumat sensitif atau bayaran melalui saluran tidak rasmi.

Turut menyertai trend berkenaan ialah jurulatih digital, Sufina (@wfsufina), yang menghuraikan bagaimana taktik penipuan pelaburan berfungsi.

Beliau menceritakan kes seorang pesara berusia 67 tahun dari Besut yang kerugian RM82,600 selepas terpedaya dengan skim pelaburan e-dagang palsu.

Katanya, sindiket kebiasaannya memancing mangsa dengan pulangan kecil pada peringkat awal sebelum meminta jumlah wang yang lebih besar dipindahkan ke beberapa akaun berbeza.

Beliau menasihatkan bahawa sentiasa berwaspada dengan tawaran ‘duit mudah’ dan buat semakan melalui saluran rasmi seperti Semak Mule PDRM atau Investment Checker Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang pembayaran.

Dalam pada itu, personaliti tempatan yang popular, Jestinna Kuan (@jestinna), turut mencelah dan menegaskan bahawa:"Penipuan zaman sekarang bukan sahaja berlaku secara dalam talian, malah mereka juga cukup berani melakukannya secara bersemuka di luar talian."

Rakannya didekati pasangan yang menyamar sebagai pelancong dan meminta bantuan mengambil gambar. Namun, selepas telefon diserahkan, skrin menjadi gelap dan pasangan berkenaan menuduh mangsa merosakkan peranti tersebut.

Mereka kemudian mendesak bayaran RM3,000 sebagai ganti rugi selain membuat ugutan berterusan.

Menurut Jestinna, taktik berkenaan sengaja direka bagi mencetuskan panik dan rasa bersalah untuk memaksa mangsa membayar wang.

Seorang lagi pencipta kandungan, Kee (@cloutykee), turut berkongsi pengalaman rakannya yang kerugian RM2,000 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai bank dan polis.

“Mereka akan menakut-nakutkan mangsa terlebih dahulu sebelum mendesak supaya wang dipindahkan segera,” katanya. “Ini merupakan salah satu bentuk pancingan data (phishing) dan penipuan panggilan telefon.”

"Langkah pertama dalam mencegah penipuan adalah dengan sentiasa peka dan bermaklumat. Untuk urusan kerajaan, sila gunakan laman web rasmi dan gerbang pembayaran yang selamat sahaja, dan jangan sesekali melakukan pemindahan bank secara terus. Pastikan anda juga sentiasa menyemak ejaan emel dan domain laman web," kata Kee.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang 'stitch' video Moses dengan berkongsi tip pencegahan scam sendiri menggunakan hashtag #FikirDulu.

Ruang Digital Jadi Medium Kesedaran

Perkongsian demi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok bukan sahaja membuka mata ramai pihak, malah menjadikan ruangan komen sebagai ruang bertukar maklumat mengenai tanda amaran serta langkah pencegahan.

Apa yang bermula sebagai kisah individu kini bertukar menjadi usaha kolektif dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap ancaman penipuan.

Memperkukuh Literasi Digital Melalui Kolaborasi

#ThinkTwice merupakan inisiatif literasi digital oleh TikTok Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan ruang dalam talian yang lebih selamat dengan memupuk komuniti yang lebih bermaklumat melalui akses mudah kepada sumber pendidikan mengenai pencegahan penipuan (scam).

TikTok menyasarkan untuk menyebarkan kesedaran kepada jutaan pengguna di seluruh negara melalui pendekatan pelbagai serampang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Hab Pengetahuan #FikirDulu yang tersedia dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil menawarkan panduan keselamatan langkah demi langkah serta maklumat penting berkaitan taktik penipuan semasa.

Rakyat Malaysia boleh melawati hab pengetahuan tersebut dengan mencari tanda pagar #FikirDulu di TikTok dan menyertai gerakan ini dengan melakukan stitch atau duet kisah peribadi anda bagi membantu orang lain agar kekal selamat.

Gerakan #ThinkTwice membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh memanfaatkan komuniti dalam talian sebagai kekuatan ke arah kebaikan, bagi menghubungkan warga net dalam menyebarkan kesedaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://vt.tiktok.com/ZSHoCnGtdVAkh-6xc6m/