Jururawat ada 'mini mart' dalam rumah, tak kalut cari bahan resipi Khairul Aming

Iklan
Fadhil menunjukkan sebahagian koleksi barangan di ruangan khas disediakan untuk isterinya.

IPOH – Seorang jururawat mengambil pendekatan berbeza apabila mewujudkan ‘mini mart’ dalam rumahnya di sini bagi memastikan segala keperluan harian sentiasa mencukupi tanpa perlu berulang-alik ke pasar raya.

Menurut Rumiza Sukri, idea itu sudah lama diamalkan sejak menetap di Shah Alam lagi, bermula dari rumah bujang sebelum diteruskan selepas berpindah ke Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada peringkat awal hanya satu rak digunakan untuk menyimpan barangan, namun jumlah itu bertambah dari semasa ke semasa sehingga kini mempunyai empat dan lima rak yang dipenuhi stok keperluan harian serta makanan.

"Saya memang suka kumpul sabun dan barang wangi. Sabun cuci pinggan dan pencuci pakaian pun saya simpan. Saya tidak mahu rak nampak kosong.

Iklan

Rumiza bersama suaminya, Fadhil yang sentiasa menyokong dengan menyediakan ruang khas untuk mini mart itu.

"Jikalau malam-malam barang habis, tak perlu keluar beli. Kalau saudara datang pun tak risau sebab barang basah dan makanan memang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sebelum ini, perkongsian Rumiza mengenai kewujudan mini mart di rumahnya menjadi tular di Threads hingga menarik perhatian ramai.

Menariknya, kongsi Rumiza, semua barangan disusun kemas seperti di kedai mengikut kategori seperti sos, kicap dan biskut bagi memudahkan dia dan suami, Fadhil Idris mencari bahan memasak.

"Sekiranya saya kerja, suami sudah tahu dekat mana barang. Semua ada tempat khas, jadi senang nak ambil,” katanya.

Lebih mengembirakan, menurutnya, suaminya yang merupakan pemain bola sepak itu turut memberi sokongan dan menyediakan ruang khas di rumah untuk tujuan tersebut.

Sebahagian stok barangan disediakan mini mart itu.

Menurutnya, amalan menyimpan stok secara teratur itu sudah dilakukan sejak lima hingga enam tahun lalu dan kini menjadi rutin tetap keluarga.

Kongsinya lagi, sistem berkenaan bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan barangan asas seperti tepung dan bahan keperluan harian tidak pernah kehabisan.

Menurut Rumiza lagi, dia dan suaminya gemar memasak dan kewujudan mini mart dalam rumah memudahkan mereka mencuba pelbagai resipi termasuk hidangan tular dikongsi pempengaruh, Khairul Aming setiap hari tanpa perlu bersusah payah ke pasar raya.

Menurutnya, semua bahan asas seperti sos, kicap, tepung, bahan perapan dan barangan kering sudah tersedia dan disusun kemas seperti di kedai.

"Jika hendak buat resipi Khairul Aming pun tak perlu kalut cari bahan sebab semua dah ada dekat rumah,” katanya.

Beliau berkata, setiap kali muncul resipi baharu, dia dan suami hanya perlu melihat bahan yang diperlukan sebelum terus menyediakan menu tersebut tanpa perlu keluar membeli.