Pertahanan Kuwait silap tembak jatuh 3 F-15E - Markas pemerintahan pusat AS

Iklan
Kepulan asap hitam dari sebuah gudang di kawasan perindustrian Bandar Sharjah di UAE susulan laporan serangan Iran di Dubai pada Ahad - Foto: Agensi

ISTANBUL - Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan pada Isnin bahawa tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle miliknya"tertembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait," lapor Anadolu Ajansi.

"Pada 11:03 malam ET (0403 GMT), 1 Mac, tiga pesawat F-15E Strike Eagle AS yang sedang menjalankan misi sokongan bagi"Operation Epic Fury” telah terhempas di ruang udara Kuwait akibat insiden yang dipercayai berpunca daripada 'tembakan rakan sendiri'," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

CENTCOM mengesahkan bahawa kesemua enam anak kapal berjaya melenting keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan stabil.

"Kuwait telah mengakui insiden ini, dan kami menghargai usaha pasukan pertahanan Kuwait serta sokongan mereka dalam operasi yang sedang berjalan ini," kata CENTCOM.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa satu siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. - Bernama