NATO siap siaga hadapi ancaman berpotensi

Iklan
Pesawat radar AWACS merupakan 'mata' NATO di ruang udara.

BRUSSELS - Komander Tertinggi Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah, Jeneral Alexus Grynkewich sedang mengawasi perkembangan konflik di Asia Barat.

"Beliau akan terus menyesuaikan kekuatan NATO mengikut situasi terkini untuk memastikan keselamatan 32 negara anggota serta mempertahankan perikatan ini daripada sebarang ancaman," menurut kenyataan pakatan ketenteraan Barat tersebut.

Iklan
Iklan

Ia juga menyebut tentang ancaman misil balistik atau dron dari wilayah lain susulan hujan peluru berpandu yang berterusan di rantau Asia Barat.

Pada bulan lalu, Bloomberg melaporkan NATO telah mengalihkan tumpuan operasi pengawasan udara mereka di Turkiye dari Rusia kepada Iran ketika armada Amerika Syarikat (AS) siap siaga di Laut Arab.

Iklan

"Pakatan itu semakin kerap mengerahkan pesawat radar AWACS dari bandar Konya untuk memantau Teheran," ujar laporan itu.

Ia juga mendedahkan Ankara telah mengemaskini pelan kontingensi untuk pemindahan berskala besar orang awam sekiranya berlaku konflik serius.

Iklan

"Antara pilihan dibuat adalah menubuhkan kem berhampiran sempadan selain menghalang gelombang pelarian daripada memasuki ke negara tersebut," menurut Bloomberg memetik sumber rapat. - Agensi