Libat urus berkala perkasa platform ekonomi gig

Iklan
Syarikat Bolt, FastGig, foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare, Lalamove dan ShopeeFood terlibat dalam sesi libat urus bersama Kementerian Sumber Manusia.

SHAH ALAM - Platform ekonomi gig menegaskan kepentingan terhadap penentukuran yang teliti bagi memastikan pelaksanaan mana-mana rangka kerja kawal selia baharu adalah praktikal, boleh dikuatkuasakan dan mampan dari segi ekonomi.

Dalam kenyataan bersama, perkara itu dapat menjamin kesinambungan pendapatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan di seluruh ekosistem.

Iklan
Iklan

Katanya, pihak berkenaan menyambut baik sesi libat urus bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, Khamis lalu sebagai sebahagian daripada konsultasi berterusan kerajaan terhadap Akta Pekerja Gig 2025.

"Memandangkan skala serta kepentingan ekonomi gig yang melibatkan lebih satu juta rakyat Malaysia merentasi pelbagai sektor perkhidmatan, libat urus yang tepat pada masanya dan tersusun seperti ini adalah perlu dan konstruktif.

Iklan

"Dalam perbincangan tersebut, platform-platform berkaitan telah berkongsi pandangan berasaskan data mengenai reka bentuk perlindungan sosial, seni bina pematuhan, mekanisme peralihan serta garis masa pelaksanaan," katanya pada Isnin.

Syarikat terlibat adalah Bolt, FastGig, foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare, Lalamove dan ShopeeFood.

Iklan

Tambah kenyataan itu, sesi libat urus berterusan dan tersusun adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dan pengoperasian yang lancar.

"Kami juga mengambil maklum komitmen Kementerian untuk meneruskan dialog bersama semua pihak berkepentingan.

"Industri kekal komited untuk mengambil bahagian secara konstruktif dalam proses ini serta bekerjasama rapat dengan kementerian terbabit dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan tersebut memperkukuh perlindungan pekerja gig, sambil mengekalkan fleksibiliti dan peluang yang menjadi teras sektor ini," ujarnya.