Lelaki pijak al-Quran seorang mualaf - Firdaus Wong

Iklan
Firdaus mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

SHAH ALAM - Individu yang didakwa memijak al-Quran merupakan seorang mualaf yang sudah melafazkan syahadah pada 25 April tahun lalu.

Perkara itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki terbabit sebelum ini berhubung dengannya melalui Instagram dan bersungguh-sungguh meminta dibimbing untuk memeluk Islam.

"Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur katanya. Dia hubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu 'insist' dan kejar saya untuk mengislamkan dia.

Iklan

"Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovokasi atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan penuntut terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang pada Selasa.

Iklan

Lelaki itu berdepan dua pertuduhan iaitu mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran dengan cara memijaknya mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, dia turut akan didakwa memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melampau dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.