September 1980: Tentera Iraq serang Iran, musnahkan kilang penapisan minyak Abadan.
Januari 1981: Iran tuduh Iraq menggunakan napalm dan bom kimia ke atas Ahvaz.
September 1982: Sebuah MiG-25 milik Iraq cuba mengebom Teheran.
Mac 1983: Iraq dakwa ia musnahkan enam aset tentera laut Iran di Teluk.
Februari 1984: Iraq serang Dezful, mengebom terminal minyak di Pulau Kharg.
Mac 1985: Iraq mulakan kempen pengeboman terhadap bandar-bandar utama Iran khususnya Teheran.
Oktober 1987: Operasi Nimble Archer oleh AS menyasarkan dua pelantar minyak Iran di Teluk Arab.
April 1988: Operasi Praying Mantis oleh AS memusnahkan dua pelantar minyak Iran, dua kapal dan enam bot meriam.
Julai 1988: Kapal perang Tentera Laut AS tembak jatuh Penerbangan Iran Air 655 di Teluk, mengorbankan kesemua 290 mangsa penumpang.
April 2024: Israel serang Isfahan dan Tabriz, sasar tapak pertahanan udara.
Julai 2024: Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh terkorban dalam serangan di Teheran. Pembunuhan itu dipercayai telah didalangi Israel.
Jun 2025: Israel serang beberapa lokasi termasuk pangkalan udara dan fasiliti nuklear di Parchin, Fordow dan Isfahan.
Jun 2025: Jet pejuang halimunan AS dan peluru berpandu Tomahawk bedil kemudahan nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan. Cetus perang selama 12 hari.
Februari 2026: Israel dan AS lancar serangan bersama di bawah Operasi Epic Fury dan Roaring Lion sasar pemimpin-pemimpin kanan Iran.