Ehsan Group of Companies sasar agih sumbangan kepada 5,000 orang Ramadan ini

Iklan
LEBIH 200 orang daripada golongan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan daripada Ehsan Group of Companies.

EHSAN Group of Companies menyasarkan dapat mengagihkan sumbangan kepada 5,000 penerima sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jelajah Ihya Ramadan Ehsan pada Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group of Companies, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, pihaknya lebih bersemangat untuk turun padang menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan pada kali ini berbanding tahun lalu iaitu seramai 3,500 penerima.

Iklan
Iklan

“Ramadan merupakan bulan yang amat meriah untuk melakukan amal. Saya dan isteri serta warga Ehsan meneruskan lagi program CSR kami pada tahun ini.

“Di Wilayah Persekutuan, kami menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan beras kepada lebih 200 penerima terdiri daripada India Muslim, Melayu dan mualaf serta golongan yang memerlukan.

Iklan

Turut hadir, Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dan Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Wilayah Persekutuan, Syed Abdulla Ansari M. Sikkandar Bacha.

Menurut Abdul Hamid, program tersebut merupakan acara tahunan syarikatnya yang telah dilakukan sejak 30 tahun lalu dan telah bekerjasama dengan Kimma sejak enam tahun lalu.

Iklan

“Kami akan turun padang ke seluruh negara memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

ABDUL HAMID beramah mesra dengan sebahagian penerima selepas menyampaikan sumbangan di Cheras baru-baru ini.

“Sebelum ini dalam Jelajah Ihya Ramadan Ehsan ini, kami telah menyampaikan sumbangan di Johor dan Melaka. Selepas ini sumbangan diagihkan kepada penduduk Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Nazarah Bibi Alabad Khan berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada syarikat Ehsan atas sumbangan setiap tahun mereka.

“Saya sudah dua kali menerima sumbangan ini dan sememangnya ia membantu meringankan beban bagi peniaga kecil,” katanya.

SYED IBRAHIM (tengah) turut menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dalam program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan di Cheras baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejadian seorang individu memijak al-Quran, Abdul Hamid menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang harmoni ini.

“Kita hidup dalam negara Islam dengan kepelbagaian agama, kenalah hormati agama masing-masing.

Tambahnya, perkara seumpama ini perlu ditangani dengan baik agar ia tidak berulang pada masa akan datang.