Hasrat Firdaus berbuka puasa bersama keluarga tak kesampaian

Iklan
Operasi SAR digerakkan melibatkan pelbagai agensi sebelum mangsa berjaya ditemui pada Isnin

KUANTAN -"Abang minta saya jemputnya di rumah pusaka untuk berbuka puasa bersama di rumah kakak, namun sampai di rumah dia tiada"

Demikian kata Mohd Fitri Rahmat, 41, adik kepada Mohd Firdaus, 43, yang ditemui lemas di Sungai Belat dekat Kampung Belukar di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Fitri, mereka sekeluarga sepatutnya berbuka puasa bersama di rumah kakak di Pelindung di sini.

"Dia sendiri minta saya datang jemput di rumah pusaka di Kampung Belukar selepas selesai menguruskan pelanggan menyewa bot, petang semalam.

Iklan

Mohd Fitri Rahmat

"Bila saya sampai di rumah dia tiada, lalu segera ke jeti di Sungai Belat ini untuk mencarinya sebelum seorang lagi abang beritahu dia hilang disyaki terjatuh bot ketika keluar sendirian memasang umpan bubu," katanya.

Iklan

Menurutnya, abangnya yang masih bujang itu tinggal sendirian di rumah pusaka keluarga dengan membantu abang sulung menjalankan perkhidmatan sewa bot di sungai itu.

"Dia juga buat macam-macam kerja termasuk menjadi nelayan sungai dengan memasang bubu mencari udang, ikan dan ketam.

"Saya tidak pasti bagaimana dia boleh jatuh, mungkin juga diserang sawan kerana abang ada sejarah penyakit itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.

Operasi SAR digerakkan melibatkan pelbagai agensi sebelum mangsa berjaya ditemui pada Isnin

Katanya, Firdaus merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik dikatakan turun ke sungai seorang diri untuk memasang umpan pada bubu sebelum terjatuh dan hilang.

"Dua jam kemudian, bot mangsa ditemukan tanpa jurumudi dan dipercayai dia terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Dia berkata, usaha mencari segera digerakkan dengan bantuan rakan-rakan namun mangsa gagal ditemui sebelum melaporkan kejadian pada pihak berkuasa untuk bantuan.

Mayat Mohd Firfaus ditemui jam 12.05 tengah hari pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang melakukan kerja-kerja menjaring ikan di Sungai Belat, Kampung Belukar, Batu Tiga Jalan Gambang, di sini pada Ahad.