Madrasah Tahfiz Muqarrabin perlu hampir RM5,000 tampung utiliti

Iklan
Pelajar yang menuntut ilmu di Madrasah Tahfiz Muqarrabin. Foto: Madrasah Tahfiz Muqarrabin

PERLIS – Madrasah Tahfiz Muqarrabin di Taman Berseri Jaya di sini memerlukan hampir RM5,000 setiap bulan bagi menampung kos utiliti termasuk elektrik, air dan internet.

Timbalan Pengetua Madrasah Tahfiz Muqarrabin, Muhammad Harith Abd Wahab berkata, komitmen bulanan itu penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran dapat dijalankan dalam suasana yang selesa serta kondusif.

Iklan
Iklan

“Penggunaan elektrik saban hari melibatkan keperluan lampu, kipas, peralatan elektrik serta kemudahan pembelajaran.

“Capaian internet pula digunakan untuk urusan pentadbiran dan rujukan akademik dengan jumlah keseluruhan yang diperlukan ialah RM4,980 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, bersempena Ramadan, pihak madrasah membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama meringankan beban pengurusan melalui sumbangan secara sukarela.

“Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita merebut ganjaran pahala. Sumbangan kecil seperti RM10 atau RM20, jika dilakukan secara bersama, mampu membantu menampung kos utiliti bulanan madrasah,” ujarnya.

Iklan

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 559012337130 atas nama Madrasah Tahfiz Muqarrabin atau menghubungi Muhammad Harith di talian 011-1902 1719.