Janda tiga anak kahwini dua lelaki serentak

Iklan
Majlis perkahwinan trio tersebut diadakan meriah pada akhir minggu lalu. Foto Agensi

BANGKOK - Seorang wanita di Thailand mengahwini dua lelaki serentak dalam satu majlis perkahwinan pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Khaosod English, Duangduan Ketsaro, 37, berkahwin dengan dua teman rapatnya itu di Buriram selepas trio tersebut menjalinkan hubungan selama beberapa tahun.

Iklan
Iklan

Kedua-dua lelaki warga Austria yang dikenali sebagai Roman dan Macky itu kini ‘hidup bermadu’.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu bersetuju untuk mengikat tali cinta dengan kedua-dua lelaki berkenaan setelah dia mula bercinta dengan Macky kira-kira setahun lalu.

Iklan

Keluarga Duangduan juga tidak menghalang perkahwinan tersebut kerana kedua-dua lelaki itu disifatkan bertanggungjawab dan melayan anak-anaknya dengan baik.

Roman dan Macky masing-masing turut memberikan hantaran berjumlah satu juta baht (RM125,243) kepada isteri mereka itu. - Agensi

Iklan