Sangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri

Iklan
Tindakan terburu-buru lelaki itu memakan dirinya sendiri. - FOTO: Agensi

PHNOM PENH - Seorang pegawai kanan Kementerian Galian dan Tenaga Kemboja dilaporkan bertindak agresif selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut laporan Khmer Times, kejadian berlaku di sebuah kampung di pinggir Phnom Penh pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Penduduk mendakwa melihat sebuah kereta Ford mengejar sebuah Toyota Prius sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Aksi umpama dalam filem itu berakhir apabila kedua-dua kereta tiba di jalan mati sebelum keadaan bertukar tegang.

Iklan

Dalam keadaan berang, lelaki itu bertindak mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan dan satu daripadanya mengenai abdomen lelaki berkenaan.

Dia segera menghampiri mangsa sebelum terkejut apabila menyedari lelaki yang terkena tembakan itu rupa-rupanya anak kandungnya sendiri.

Iklan

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan manakala pelaku ditahan polis. - Agensi