Alireza Arafi dipilih sebagai anggota Majlis Kepimpinan interim Iran

Iklan
Pihak berkuasa Iran telah memilih Ayatollah Alireza Arafi untuk berkhidmat dalam Majlis Kepimpinan interim. Foto Agensi

ISTANBUL - Pihak berkuasa Iran telah memilih Ayatollah Alireza Arafi, seorang anggota ulama Majlis Penjaga Perlembagaan, untuk berkhidmat dalam Majlis Kepimpinan interim negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan rasmi pada Ahad.

Jurucakap Majlis Penentuan Kepentingan Iran, Mohsen Dehnavi, menerusi satu hantaran di platform media sosial X berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan Perkara 111 Perlembagaan Iran.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan bahawa sehingga Pemimpin Agung yang baharu dipilih, sebuah Majlis Kepimpinan sementara akan dibentuk yang terdiri daripada Presiden negara (Masoud Pezeshkian), Ketua Kehakiman, dan seorang anggota ulama daripada Majlis Penjaga Perlembagaan.

Dehnavi berkata, majlis itu memilih Arafi sebagai wakil ulamanya bagi memastikan kelangsungan kepimpinan sementara menunggu Perhimpunan Pakar meneruskan proses pemilihan pemimpin tetap"secepat mungkin."

Iklan

Iran pada Ahad mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai tinggi dalam serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu. - Bernama-Anadolu

 

Iklan