12 aduan bazar Ramadan kotor, tiada kes keracunan direkodkan - KKM

Iklan
Dr Dzulkefly (tengah) menyampaikan sumbangan tabung bantuan perubatan pada Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Majlis Iftar Perdana Masjid Al-Husna Baung Bayam di Kota Bharu pada Ahad. Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12 aduan diterima melibatkan tahap kebersihan premis jualan makanan dan minuman di bazar Ramadan seluruh negara yang sudah beroperasi sejak 11 hari lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga Sabtu tiada episod keracunan makanan yang direkodkan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Untuk aduan berkaitan bazar Ramadan, kita secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 12 aduan di seluruh negara.

"Empat melalui whatsApp berkaitan aduan kebersihan makanan dan lain-lain perkara," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Majlis Iftar Perdana Masjid Al-Husna Baung Bayam di sini pada Ahad.

Iklan

Pada program tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan tabung bantuan perubatan dan bakul makanan kepada golongan asnaf.

Menurut beliau, pematuhan para peniaga bazar Ramadan pada kali ini sangat baik.

Iklan

Ujarnya, beliau berharap ia kekal sehingga akhir Ramadan.

"Dalam masa yang sama tiada sebarang aduan diterima melibatkan bazar di Kelantan," katanya.