ISTANBUL - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Ahad melaporkan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan kawasan berhampiran kemudahan perubatan dan kemanusiaan di ibu negara Teheran, lapor Anadolu Ajansi.
Pertubuhan itu memaklumkan bahawa serangan itu terkena kawasan berhampiran Bangunan Bulan Sabit Merah, Hospital Khatam al-Anbiya, kemudahan Behzisti, dan Hospital Motahari di ibu negara itu.
Setakat ini, masih lagi tiada maklumat mengenai jumlah mangsa atau kerosakan yang dialami.
AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu, manakala Teheran membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron.
Iran pada Ahad mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai tinggi dalam serangan oleh Israel dan AS ke atas negara itu. - Bernama-Anadolu