NEW DELHI - Seramai 17 orang maut manakala 18 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang yang menghasilkan bahan letupan industri di negeri Maharashtra, barat India pada Ahad.
Ramai daripada mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut media tempatan.
Iklan
Iklan
Lokasi letupan itu ialah kilang SBL Energy Limited yang terletak di kampung Raulgaon, 45 kilometer dari Nagpur.
Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee (RM8,552) kepada waris terdekat setiap mangsa yang terkorban daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF).
Letupan di Maharashtra itu berlaku selepas 21 orang maut dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di kampung Vetlapalem, daerah Kakinada, negeri Andhra Pradesh pada Sabtu. - Bernama