Banjir Sabah: Mangsa menurun kepada 1,387 orang, empat PPS di Beaufort masih beroperasi

Iklan
Sebanyak empat PPS lagi masih beroperasi di daerah Beaufort bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan penurunan kepada 1,387 orang daripada 442 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 1,462 orang daripada 467 keluarga pada tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup pada 12 tengah hari tadi selepas keadaan banjir menunjukkan perkembangan positif.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sebanyak empat PPS lagi masih beroperasi di daerah Beaufort bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.

Iklan

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah petang dan malam ini. - Bernama

 

Iklan