Presiden Iran, 2 pegawai pimpin peralihan kuasa sementara selepas kematian Khamenei

Iklan
Masoud Pezeshkian

RABAT - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan akan memimpin negara secara sementara selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), yang memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei telah terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Beliau telah syahid selepas serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu. - BernamaIran, Masoud Pezeshkian, Ali Khamenei

 

Iklan
Iklan