Setiausaha Agung PBB kata tidak dapat sahkan laporan kematian Ali Khamenei

Iklan
Antonio Guterres

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan mengenai kematian Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa Khamenei terbunuh dalam serangan ketenteraan ke atas Iran, walaupun Iran belum mengesahkan kematian itu secara rasmi.

Iklan
Iklan

"Beberapa pegawai tinggi dilaporkan telah terbunuh, termasuk - menurut sumber Israel - Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkannya," kata Guterres pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan