Peneroka haram Israel serang aktivis antarabangsa dekat Nablus

Iklan
Sekumpulan peneroka haram Israel pada Jumaat menyerang aktivis antarabangsa di Kampung Qusra, selatan bandar Nablus yang diduduki di Tebing Barat, lapor agensi berita WAFA yang memetik sumber tempatan.

NABLUS - Sekumpulan peneroka haram Israel pada Jumaat menyerang aktivis antarabangsa di Kampung Qusra, selatan bandar Nablus yang diduduki di Tebing Barat, lapor agensi berita WAFA yang memetik sumber tempatan.

Menurut sumber, peneroka haram terbabit menyerang aktivis warga asing yang berada di kawasan Ras al-Ayn untuk menyokong serta melindungi penduduk Palestin sehingga mengakibatkan dua daripada mereka cedera.

Iklan
Iklan

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengesahkan bahawa pasukannya telah memberikan rawatan kecemasan kepada seorang wanita berusia 71 tahun dan seorang lelaki berusia 51 tahun yang cedera dalam serangan itu sebelum mereka dikejarkan ke hospital.

Keganasan peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah perkara rutin di Tebing Barat, namun pelaku jarang sekali didakwa oleh pihak berkuasa Israel.

Iklan

Bentuk keganasan yang sering dilakukan termasuklah pembakaran harta benda dan masjid, melontar batu, mencabut tanaman serta pokok zaitun selain serangan terhadap kediaman penduduk.

Kira-kira sejuta peneroka haram Israel kini tinggal di penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa. - Bernama

Iklan