'Isteri raba dalam gelap cari anak ketiga’

Iklan
Allahyarham Muhammad Zahir Adha (gambar kiri) maut dalam kebakaran di Kampung Seri Cheeding Banting, Selangor pada 6 Februari lalu.

KUANTAN –"Isteri saya hanya ingat kedudukan bayi di atas tilam dan sebab gelap-gelita, dia gagal kesan di mana arwah (anak ketiga) berada".

Demikian kata ​Mohd Zaid Ya'akub, 40, yang kehilangan anak ketiga, Muhammad Zahir Adha Mohd Zaid, 3, selepas rumah disewa mereka di Kampung Seri Cheeding Banting, Selangor terbakar dalam kejadian 6 Februari lalu.

Iklan
Iklan

​Menurutnya, insiden menyayat hati kira-kira jam 2 pagi itu berlaku pantas apabila bekalan elektrik terputus sejurus letupan kuat tercetus di bahagian dapur.

“Isteri saya, Nur Liah Asul, 38, yang berada di dalam bilik tidur bersama Muhammad Zahir dan anak bongsu berusia dua bulan, cuba untuk menyelamatkan mereka.

Iklan

“Anak sulung (lelaki) berumur lapan tahun dan anak kedua (perempuan) lima tahun yang tidur di ruang tamu berjaya keluar rumah.

“Saya pula masa kejadian dah keluar sebentar ke kedai pada jam 1.20 pagi sebab anak (Muhammad Zahir) nak makan makanan ringan,” katanya yang kini menetap di Kampung Jenjarom di sini.

Iklan

Gambar kenangan Mohd Zaid (kanan) dan Nur Liah (kiri) bersama Allahyarham Muhammad Zahir Adha. Foto ihsan Nur Liah

Ujar ​Mohd Zaid, keadaan gelap dan kelam-kabut menyebabkan isterinya hanya berjaya mendapatkan anak bongsu manakala Muhammad Zahir yang mulanya tidur di bahagian kaki, tidak dijumpai.

Menurutnya, isteri cuba untuk masuk semula ke dalam bilik bagi mencari anak ketiga mereka itu namun terhalang kerana api terlalu marak.

“Sebaik sahaja saya sampai di rumah, rumah sudah habis terbakar. Isteri hanya mampu menjerit meminta tolong sambil memeluk anak-anak yang lain di luar rumah," ujarnya.

Tambah Mohd Zaid, jasad Muhammad Zahir ditemui di lantai bilik tidur bersebelahan katil.

“Rumah ini guna tingkap jenis nako dan pada masa kejadian, pintu dapur berkunci, jadi tiada laluan keluar alternatif selain pintu depan.

“Isteri terpaksa redah ikut depan juga walaupun api dari dapur sudah sampai ke ruang tamu," katanya.