PENAMPANG - Polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai hampir RM1.29 juta yang ditinggalkan di kawasan lobi sebuah kondominium di daerah ini pada Isnin.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 25.74 kilogram syabu ditemui di dalam kotak yang diletakkan di lobi berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Penampang,S uperintenden Sammy Newton berkata, pemeriksaan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).
"Hasil pemeriksaan menemui empat kotak yang mengandungi 24 paket plastik lut sinar berisi hablur jernih disyaki methamphetamine.
"Pemeriksaan lanjut, keseluruhan rampasan melibatkan dadah disyaki syabu seberat 25,744.37 gram dengan nilai kira-kira RM1,287,218.50," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat serta membongkar rangkaian pengedaran dadah tersebut," katanya.