RUU Tadbir Urus AI masih di tahap awal penggubalan - PM

Iklan
Anwar. Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang dicadangkan oleh kerajaan masih berada pada tahap awal penggubalan di peringkat Kementerian Digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU tersebut akan diikuti dengan proses libat urus termasuk dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, proses itu bagi meneliti dan membincangkan aspek lain yang mungkin tertinggal, memandangkan ia merupakan pendekatan baru bagi negara.

“Ia juga akan memperinci isu akauntibiliti, etika dalam penggunaan dan melibatkan juga pembangun dan pelaksana sistem kecerdasan buatan (AI).

Iklan

“Oleh kerana ini merupakan pendekatan dan ikhtiar baru, ia juga memastikan bahawa undang-undang yang ada sekarang harus terpakai dan boleh dilaksanakan,” katanya ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PH–Ampang) meminta penjelasan bagaimana RUU Tadbir Urus AI menangani isu hak cipta dan harta intelek, memandangkan sistem tersebut lazimnya dilatih menggunakan bahan berhak cipta seperti teks, imej, audio serta kandungan video.

Iklan

Kata Anwar, cadangan RUU berkenaan dilihat penting kerana ia meliputi rangka tadbir urus AI yang menyeluruh, merangkumi keseluruhan kitaran hayat sistem teknologi berkenaan.

“Dua aspek yang terlibat iaitu input yang masuk dalam sistem AI, dan yang kedua, perkara yang sedia ada dikeluarkan daripada hasil kerangka daripada sistem AI.

“Ini memang ada dalam undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Hak Cipta 1987 yang mesti dilaksanakan dengan berkesan dan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek) diminta digerakkan serta pantau secara lebih berkesan,” ujarnya.