[VIDEO] Pemilihan Dr Samsuri atas kelebihan dalam parti - Takiyuddin

Iklan

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dibuat dengan mengambil kira kelebihan beliau dalam parti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kriteria itu menjadi antara faktor utama parti mencalonkan Menteri Besar Terengganu itu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada Januari lalu.

Iklan
Iklan

“Beliau sebagai Menteri Besar di Terengganu selama dua penggal. Beliau juga menunjukkan satu prestasi yang cukup baik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu dengan memenangi kerusi atas tiket PN.

“Jadi, itu antara beberapa kriteria mengapa Pas memilih Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebagai wakil Pas untuk menerajui PN,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, pemilihan Dr Samsuri yang diterima keempat-empat parti komponen PN, termasuk yang mewakili kaum Cina dan India, mencerminkan kemampuan beliau.

Iklan

Malah, katanya, pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu juga diyakini mampu menjernihkan semula gabungan yang terpalit dengan kemelut dalaman sebelum ini.

“Saya rasa apabila semua parti dalam PN, dua parti Melayu, satu parti Cina, satu parti India dan mungkin satu lagi parti India baharu akan masuk.

“Jadi, penerimaan beliau sebagai Pengerusi PN yang baharu menunjukkan bahawa beliau boleh memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk dan juga memberi satu pilihan kepada rakyat dalam politik masa depan kita antara kerajaan dan lain-lain,” katanya.