Semak samun terbiar jadi lokasi healing

Iklan
Kawasan yang dulunya dipenuhi semak belukar kini bertukar menjadi lokasi santai seperti berjoging, bersiar-siar dan meluangkan masa bersama keluarga.

KUALA KEDAH - Jika dahulu Port Padang Garam hanyalah kawasan semak samun yang terbiar di pesisir pantai, kini wajahnya berubah sama sekali.

Terletak bersebelahan Pantai Leman di sini, lokasi ini semakin mencuri perhatian sebagai destinasi healing baharu pilihan warga Kedah dan pelancong luar.

Iklan
Iklan

Setiap petang dan hujung minggu, suasana di sini cukup meriah apabila deretan pengunjung datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati angin laut, pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan serta suasana santai jauh daripada kesibukan kota.

Pengunjung boleh menikmati angin laut, pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan serta suasana santai jauh daripada kesibukan kota.

Iklan

Transformasi Port Padang Garam bukanlah berlaku sekelip mata dan projek naik taraf yang dilaksanakan dalam tiga fasa oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melibatkan pembangunan laluan sepanjang 4.5 kilometer di pesisiran pantai.

Terbaharu, kerja-kerja penurapan jalan tar dari laluan masuk utama hingga ke hujung simpang Kampung Sungai Dua telah siap sepenuhnya, sekali gus menjadikan laluan lebih selesa dan selamat buat pengunjung serta peniaga.

Iklan

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin, perubahan ketara ini bukan sahaja menceriakan landskap Kuala Kedah, malah membuka ruang riadah kepada masyarakat setempat.

“Kita akan terus memperindahkan dan memakmurkan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan yang berdaya maju.

“Mengubah wajah kawasan itu dan membina popularitinya adalah satu perkara, menjaga supaya kawasannya kekal bersih dan ceria pula merupakan amanah dan tanggungjawab yang tidak boleh diambil mudah.

“Oleh itu, usaha memperindah dan mempopularkan kawasan itu perlu disusuli dengan komitmen berterusan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan Port Padang Garam sentiasa terpelihara,” katanya.

Pembangunan kawasan ini turut memberi limpahan rezeki kepada peniaga kecil apabila setiap petang, gerai makanan dan minuman mula beroperasi menjadikan suasana lebih hidup.

Kawasan yang dulunya dipenuhi semak belukar kini bertukar menjadi lokasi santai seperti berjoging, bersiar-siar dan meluangkan masa bersama keluarga.

Lebih menarik, pembangunan ini turut memberi limpahan rezeki kepada peniaga kecil apabila setiap petang, gerai makanan dan minuman mula beroperasi menjadikan suasana lebih hidup.

Pengunjung boleh menikmati hidangan ringan sambil menghirup udara segar laut, satu kombinasi ringkas tetapi cukup menenangkan.

Perubahan ketara Port Padang Garam bukan sahaja menceriakan landskap Kuala Kedah, malah membuka ruang riadah kepada masyarakat setempat.

Mohd Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan berkata, usaha memperindah kawasan ini turut disokong semangat kebersamaan komuniti melalui Program gotong-royong yang dianjurkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kubang Rotan melibatkan penghulu mukim, Majlis Ketua Kampung (MKK), peniaga, penduduk setempat serta Pasukan Bomba Sukarela Kuala Kedah.

Menurutnya, inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan sentiasa terpelihara.

“Bagi menambah daya tarikan, sebanyak 14,000 benih ikan puyu turut dilepaskan di sungai berhampiran pada November lalu dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Kedah,” ujarnya.