BANGKOK – Seorang anggota polis sanggup memakai kostum tarian singa demi menahan seorang suspek yang mencuri artifak Buddha bernilai kira-kira AS$64,000 (RM250,000).
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan tangkapan itu berjaya dibuat pada Rabu setelah menerima aduan tentang insiden rompakan ke atas sebuah rumah di pinggir Bangkok pada awal bulan lalu.