Adik Raja Charles III ditahan kes berkait Epstein

Iklan
Andrew didakwa memberikan dokumen sulit kepada Epstein ketika beliau berkhidmat sebagai Wakil Perdagangan Britain. - Foto Agensi

SANDRINGHAM - Keluarga diraja Britain sekali lagi berdepan krisis memalukan pada Khamis selepas Putera Andrew yang dilucutkan gelaran ditahan pihak berkuasa.

Adik kepada pemerintah, Raja Charles III itu didakwa melakukan salah laku berhubung kaitannya dengan pesalah seksual Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.

Iklan
Iklan

Penahanannya di sebuah estet diraja Sandringham di timur England dibuat selepas pendedahan pada minggu lalu yang mendakwa Andrew, 66, memberikan dokumen sulit kepada Epstein ketika beliau berkhidmat sebagai Wakil Perdagangan Britain, jawatan disandangnya pada 2001.

Polis Lembah Thames mengesahkan beliau telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama kira-kira 11 jam sementara siasatan masih dijalankan.

Iklan

Pada Jumaat, hampir kesemua muka depan akhbar tempatan memaparkan tajuk berita dan gambar Andrew ketika meninggalkan balai polis.

"Era kejatuhan' menurut tajuk kontroversi Daily Mail.

Iklan

Raja Charles III melucutkan gelaran adiknya dan mengarahkannya meninggalkan Windsor pada tahun lalu, namun Andrew masih kekal di tempat kelapan dalam susunan pewarisan takhta. - AFP